Tips Penting Sebelum Membeli dan Menukar Tayar Kereta

Tips Penting Membeli dan Menukar Tayar Kereta


Kita selalu tukar tayar kereta,

tapi kita tak tahu tayar itu betul-betul tayar baru..

ataupun tayar 'baru' tu dah lama simpan dalam store.


Sebelum membeli tayar, kita perlu tahu tarikh buatan tayar.

Adakah kita semua tahu bahawa tayar kereta mempunyai tarikh buatannya.

Bagaimana nak tahu ?

Cuba check tayar awak,


Awak akan nampak 4 nombor dicop di tayar tersebut seperti ini (*1212*).

2 digit pertama mewakili minggu ke berapa dalam tahun tersebut tayar ini dibuat.

Dua digit terakhir pula mewakili tahun tayar ini dibuat.

Contoh di bawah

*5109*menunjukkan tayar ini dibuat pada minggu ke 51 pada tahun 2009.