Pos Mini


syarat yang perlu untuk membuat permohonan pos mini berkomputer ni:-
Perkara wajib ada.

1.komputer
2.internet line
3.printer cetakan report (rm350.00)
4.ruang pejabat untuk kaunter
5.mengusaha perniagaan lain
6.peti besi yang diiktiraf
7.daftar niaga.
8.duit cagaran rm1000.00
9.Printer cetakkan bil (rm2500.00 kalau x silap,beli dengan pos)


Cara permohonan
==============
1.Surat rasmi
-sertakan alamat dan daftar niaga
-jarak antara pejabat pos yang sedia ada (tidak kurang dari 15km)
-bilangan rumah penduduk setempat(tak kurang 1000 buah rumah)
-tandatangan dan cop penghulu(sebagai sokongan permohonan)
2.Permohonan mesti dihantar ke pejabat pos besar negeri yang dipohon.
3.Untuk lebih kepastian pergi ke pejabat pos negeri,tanya lebih detail.


Bayaran elaun yang diterima pengusaha
============================
1.setiap satu kutipan bil dibayar 20sen sahaja.
2.bergantung kepada jumlah kutipan bil
(byk bil byk lah elaun)
3.mengurus surat n penjualan barang2 pos seperti setem or wang pos dan
sebagainya. (elaun biasanya sekitar rm150 sahaja)


oleh kerana keuntungan yang tidak banyak maka pihak Pos Malaysia menwajibkan pengusaha pos mini menjalankan perniagaan lain,tidak tertumpu kepada pos sahaja'''permohonan tidak akan diluluskan sekiranya tiada bisnis lain.


Dimana kita dapat kelebihan dalam mengusahakan pos mini ni
1.kedai kita jadi tumpuan org ramai,coz nak gi bayar bil or beli bayar produk
pos.
2.kita boleh menjual pelbagai jenis barangan runcit,aksesori telefon dan sebagai.
3.yang pasti orang akan datang ke kedai kita.coz perkhidmatan yang disediakan.
====sebulan paling banyak saya dapat elaun dari pos setakat ni adalah RM700.00 sahaja=====
inilah adalah salah satu stategi perniagaan yang baik dua or tiga dalam satu.
itu sahaja ikhlas dari saya.lebih detail pergilah ke pejabat pos negeri masing2
insyallah mereka sentiasa sedia melayan anda.


-diambil dari bicarajutawan

caner skang?ada hati lagi x nk buka pejabat pos mini?hahaha..surrender ar…